? ??????????????Twilight Forest? ????? ?? ???Rating: 4.8 (55 Ratings)??2174 Grabs Today. 22302 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Southpark? ????? ?? ???Rating: 4.5 (284 Ratings)??1512 Grabs Today. 21943 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Tra BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?
Powered By Blogger

Sabtu, 3 Julai 2010

Konsep Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar



Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia bermula dari rumah dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya menjaga alam sekitar, kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan alam haiwan, dan membina masyarakat penyayang dengan memahami prinsip Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke dalam sungai sehingga mencemarkan sungai perlu dikikis. Tahniah kepada kerajaan Melaka yang berjaya memulihkan kebersihan sungai Melaka. Namun, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali kita bermula dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan keprihatinan kepada alam sekitar yang berterusan.

Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar dalam proses kesemulajadian yang berterusan. Penggondolan bukit akan menyebabkan hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan mengalirkan air lumpur dan apabila pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah pantai akan terhakis. Di tahun-tahun kebelakangan ini kita menghadapi masalah kemarau yang menyebab air terpaksa dicatu. Sehubungan itu kita akan mencari sebab kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam masa yang sekejap, hujan lebat pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandaraya Kuala Lumpur. Kerugian kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai pemeliharaan dan pemuliharaan.

Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan hijau lebih rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa pohonan kayu. Hutan hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran proses fotosintesis dengan pohonan hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan oksigen yang diperlukan manusia. Kita harus menyedari persekitaran yang bersih menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut yang bersih memberikan protein bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau galian yang diperlukan manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari serangga perosak secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila ikan tercemar akibat perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia juga. Jadi di sini kelalaian atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung kepada manusia. Secara keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga.

Dengan lapisan ozon yang semakin menipis, suhu bumi menjadi suatu yang tidak dapat dijangkakan dan diramalkan meningkat kepada 4.5 darjah Celsius di hujung abad ke-21 ini. Air batu kutub utara dan kutub selatan mula cair dan ini meningkatkan paras air laut. Paras air laut dikatakan akan meningkat dari 28cm kepada 43 cm pada akhir abad ini. Peningkatannya mengakibatkan gelombang ombak ganas yang memusnahkan habitat pantai dan merosakkan kesemulajadian pantai. Pemanasan global akan terus meningkat dalam suasana yang sukar dikawal. Perdebatan tentang pemanasan global menjadi satu tajuk yang besar. Protokol Kyoto yang berkuatkuasa secara penuh pada 16 Februari 2005 bertujuan menangani permasalahan perubahan iklim. Isu pemanasan global, usaha untuk mengurangkan karbon dioksida dan gas rumah hijau yang merosakkan atmosfera, belum diakui sepenuhnya oleh kebanyakan negara


sumber:http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jan016-2008

0 ulasan: